• 1 hour 3 minutes
    S02E04 - Penjara Pentas Perwara
    test
    13 October 2020, 4:00 pm
  • 55 minutes 27 seconds
    S02E03 - Mencari Juara Deklamator

    Sejak tahun 1987, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan telah diadakan secara konsisten saban tahun, menobatkan seorang juara di peringkat kebangsaan.

    Tahun ini tidak terkecuali, apabila Tuan Aqi Azmi dari negeri Perak telah dimahkotakan sebagai juara di antara juara. Di dalam episod kali ini, kita berbicara dengan beliau mengenai perjalanan beliau bermula sebagai seorang deklamator. Sebagai seorang dari bidang kejuruteraan, bagaimanakah perbezaan tersebut melorongkan minat beliau ke arena deklamasi puisi? Paling berharga, apabila Tuan Aqi turut berkongsi tip dan panduan mendeklamasian puisi.

    Silang Kata Podcast juga telah menghubungi wakil penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan 2020, iaitu Tuan Zaifulnizan Haji Wagiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rumusan mengenai penganjuran tahun ini, di dalam norma baharu.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast. 

    Penerbit: Azree Ariffin
    Tetamu: Aqi Azmi & Zaifulnizam Wagiran

    PENGHARGAAN

    Logo : Saharil Hasrin Sanin
    Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd).
    Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian
    Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

    6 October 2020, 4:00 pm
  • 50 minutes 2 seconds
    S02E02 - E-Buku & Trend Pembacaan

    Bagaimanakah pandemik COVID19 memberikan kesan kepada trend pembacaan dalam format E-Buku? Begitulah apa yang dibincangkan dalam episod kali ini yang diterajui oleh Hafiz Latiff. Ikuti kupasan daripada dua tetamu kami iaitu Fatin Syamimy - CEO Iman Publications yang memberikan perspektif daripada penerbit buku. Manakala, aktivitis buku, Emmy Hermina Natashia membawakan pandangan beliau sebagai seorang pembaca tegar yang menerangkan bagaimana trend pembacaan berubah tatkala musim wabak sekarang ini.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.

    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Hafiz Latiff
    Tetamu: Fatin Syamimy &Emmy Hermina Natashia

    PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd).

    Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

    1 June 2020, 4:55 am
  • 46 minutes 59 seconds
    S02E01 - Industri Kreatif, Gastronomi & Maghribi
    Dalam pembuka tirai musim kedua ini, kami menjemput dua orang sahabat kami yang pernah bertugas di Perbadanan Kota Buku iaitu Aliff Basri dan juga Alia Wanda Nazri yang kini sedang berada di Marrakesh, Maghribi. Antara yang dibincangkan adalah perubahan yang harus dilaksanakan oleh industri kreatif dalam mendepani kesan global wabak COVID19, juga bagaimana cross-medium atau silang bidang harus digiatkan di antara semua bidang kreatif. Pastinya, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Alia tentang pengalamannya sebagai seorang anak muda yang membuka perniagaan gastronomi pelancongan di Marrakesh, Maghribi. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin Tetamu: Aliff Basri & Alia Wanda Nazri PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd). Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    4 May 2020, 12:43 pm
  • 59 seconds
    Trailer Musim Kedua | Kembali Berkumandang
    Nantikan Musim Kedua Silang Kata Podcast pada 29 April 2020. 
    22 April 2020, 2:56 pm
  • 25 minutes 13 seconds
    Episod Khas: Perintah Kawalan Pergerakan
    Setelah tidak merakamkan podcast buat beberapa bulan, akhirnya para peneraju Silang Kata Podcast kembali berbicara di corong pembesar suara anda. Sebelum memulakan musim kedua, kami saling bercerita mengenai perkembangan diri masing-masing dan bagaimana wabak COVID19 telah mengubah segala perancangan yang telah dilakukan. Episod ini telah dirakamkan dalam talian secara berasingan, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan. Mohon maklumbalas anda:  https://forms.gle/WddLBRkuHmFRdUgf9?fbclid=IwAR2i5-UiJB9fvj-ftQlOwAo7WQ5FvUc8sLxaMU2LAevKk9XJv0hY3dXVC8A Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar : Zamir Azfar Penyanyi Nyanyian Melayu: Nurainol Wahidah
    14 April 2020, 4:00 pm
  • 58 minutes 22 seconds
    S01E12 | Ibu Kota Buku Dunia

    Akhirnya, Silang Kata Podcast telah sampai ke episod terakhir untuk musim pertama.

    Dalam segmen pertama, SKP mengundang Ara, pelajar praktikal di Legasi Oakheart untuk menceritakan pengalamannya menganjurkan sebuah acara di Kafe Buku Oakheart  (KABO) iaitu PENASKHAH. Acara ini adalah sebuah acara baca puisi intim yang menjemput penulis-penulis buku Legasi Oakheart, membacakan naskhah mereka di hadapan khalayak.

    Tahun 2020, adalah tahun yang amat bermakna buat industri buku kerana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO. SKP berbincang apakah makna pengiktirafan ini dan bagaimana warga kota Kuala Lumpur boleh mendapat manfaat daripadanya.

    Sebagai penutup tirai, segmen terakhir didedikasikan untuk mengimbau semula pengalaman mengendalikan Silang Kata Podcast, termasuklah menceritakan segala jerih-perih dan cabaran dalam menerbitkan podcast berbahasa Melayu ini. SKP juga menceritakan mengenai perancangan mengujakan untuk musim yang akan datang. 


    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.  

    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah  

    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

    27 November 2019, 9:00 am
  • 1 hour 1 minute
    S01E11 | Pesta Buku Antarabangsa

    Pesta Buku Frankfurt kembali lagi! Setiap tahun, perwakilan industri buku Malaysia akan berangkat ke sebuah kota di Jerman, iaitu Frankfurt untuk membawa karya-karya negara. Namun, apakah sebenarnya yang mereka lakukan di sana dan mengapa dikatakan bahawa setiap orang yang terlibat di dalam industri perbukuan harus ke Frankfurt walau sekali dalam hidup?

    Selain acara pesta buku konvensional, kini acara perdagangan hak cipta dalam format fellowship seperti Istanbul Fellowship Program dan Indonesia Partnership Program telah menjadi pentas yang penting dalam dunia perbukuan antarabangsa. Apakah bezanya dan impaknya pula lebih bagus berbanding penyertaan di dalam pesta buku biasa?

    Bagaimana pula dengan penulis? Apa ruang yang boleh diteroka sekiranya mereka memilih untuk mengunjungi acara-acara buku antarabangsa sebegini? Apakah penulis boleh mendapat manfaat daripada penyertaan di pesta buku, atau ada alternatif yang lain?

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.

    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah

    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

    16 October 2019, 4:00 am
  • 56 minutes 1 second
    S01E10 | Panggung Seni Persembahan
    Seni Persembahan - itulah fokus Silang Kata Podcast minggu ini. Azree mengimbau kenangan membawa Hafiz dan Eja ke sebuah rakaman rancangan televisyen di Indonesia iaitu Golden Memories Asia, dan mereka bercerita mengenai pengalaman dan pemerhatian sewaktu berada di dalam Studio 5 Indosiar. Hafiz pula menyambung mengenai pengalamannya menonton teater di Jogjakarta, serta ketika pementasan teater interaktif di #KABO. Perbincangan mengenai kepentingan menghargai dunia seni persembahan, dikemudikan oleh Eja. Mereka bercerita mengenai pengalaman menonton teater dan juga pengalaman terlibat secara langsung di dalam produksi sebuah teater. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    9 October 2019, 12:30 pm
  • 50 minutes 31 seconds
    S01E09 | Ekranisasi & Sasterawan Negara
    Setelah beberapa minggu tidak bersiaran bersama, akhirnya kali ini Azree, Hafiz dan Eja kembali berdiskusi bertiga, membicarakan topik-topik menarik berkaitan hal seputar sastera budaya. Azree memulakan bicara dengan menyatakan rasa gembira dengan berita penganugerahan gelaran Sasterawan Negara kepada Dr Siti Zainon Ismail dan memulakan topik berkaitan bagaimana anugerah ini dapat memberikan impak kepada seorang penulis dan masyarakat di sekitarnya. Minggu ini Eja memperkenalkan sebuah istilah iaitu 'Ekranisasi'. Dengan memberikan penjelasan dari bidang perfileman, diskusi ini cuba mengupas mengenai makna istilah ini dan kaitannya dengan karya tempatan. Untuk khalayak pembeli buku berkembang, maka pemain dalam industri buku seharusnya memulakan koloborasi dengan pihak-pihak di luar bidang buku - begitulah perbicangan topik yang diutarakan oleh Hafiz, sebagai pelengkap segmen ketiga. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    2 October 2019, 6:45 am
  • 55 minutes 18 seconds
    S01E08 | Menulis Buku Di Kafe
    Sempena pembukaan semula Kafe Buku Oakheart (KABO) di lokasi barunya di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi - Silang Kata Podcast telah dirakamkan ketika majlis buka pintu KABO secara eksklusif bersama tetamu KABO. Kami berbicara mengenai trend kafe buku yang menggabungkan model perniagaan kedai buku dan kafe - juga pendapat mengenai bagaimana kafe sebegini dapat menarik minat orang ramai kepada buku. Seterusnya, alang-alang bercerita mengenai kopi - bagaimana pula kaitannya dengan penulis? Terdapat segelintir penulis perlu minum kopi apabila ingin menulis. Di topik terakhir, kami membincangkan pula mengenai siapa yang membeli buku, terutamanya judul-judul sastera di kafe buku sebegini? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Tetamu Jemputan : Azwar Kamaruzaman, Hafizul Osman & Huzaifah AJ Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    18 September 2019, 5:56 am
  • More Episodes? Get the App